kepada semua member batch 23-sekolah menengah sains raja tun azlan shah.... as the bAtch leadEr... i've made a fORum fOr us... spEcial fOrum fOr sEratas23... for us, so we can always bring bAck our mEmoriEs... aNd will nEVer fOrgEt it...
 
HomeHome  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 update untuk permohonan ke ipta..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ilonblack91



Number of posts : 22
Registration date : 09/12/2008

PostSubject: update untuk permohonan ke ipta..   Mon Jan 05, 2009 1:45 pm

PERINGATAN

1.
Pemohon lepasan SPM/Setaraf yang belum membuat permohonan Fasa 1 boleh membuat permohonan pada Fasa 2 yang akan dibuka pada 1 Februari 2009.

2.
Pemohon lepasan SPM/Setaraf yang memohon Fasa 1 WAJIB mengesahkan permohonan dengan pembelian No. Unik Id pada Fasa 2 yang akan dibuka pada 1 Februari 2009.
Back to top Go down
View user profile
ilonblack91



Number of posts : 22
Registration date : 09/12/2008

PostSubject: reminder..   Mon Jan 05, 2009 1:47 pm

spe2 yg ade update 4 permohonan ke ipta..

sle anta update tersebut di sini..


smoga sumer dak batch kte taw perkembangan semase..

thnkz 4 all of ur effort~!!
Back to top Go down
View user profile
najwa_hamali



Number of posts : 13
Age : 26
Location : puLau PinAnG
Registration date : 30/12/2008

PostSubject: Re: update untuk permohonan ke ipta..   Tue Jan 06, 2009 4:45 am

to ilon....
bukan fasa 2 lps dpt result ker???
Back to top Go down
View user profile http://najwahamali.blogspot.com
ilonblack91



Number of posts : 22
Registration date : 09/12/2008

PostSubject: Re: update untuk permohonan ke ipta..   Tue Jan 06, 2009 5:19 am

tah lew..

yg fasa kedua 2 just nk confirmkan jek aku rse..
yg pas pat result 2..aku rse untuk permohoan yg betol2 pnye la kot..

info kat atas 2 pon aku dapt kat..

http://upu.mohe.gov.my/

klu x caye.
try bkk link yg aku bgy 2.
kat situ lgy bnyk info..

pasal nk amik course ape..
sumer ader..
Back to top Go down
View user profile
najwa_hamali



Number of posts : 13
Age : 26
Location : puLau PinAnG
Registration date : 30/12/2008

PostSubject: Re: update untuk permohonan ke ipta..   Tue Jan 06, 2009 5:38 am

ak dh tengok lmn web 2....
tapi dia kata yg bulan feb 2 utk lepasan stpm/setaraf....
tp ak tengok kt tarikh2 penting 2....
ada plk dia kt fasa 2 bulan feb...
hmmm x phm ak...
ilon kita dh x yah beli no id di bsn kan???
guna yg cikg izhar ks kan??

ok ilon.....
teruskan bg informasi kat c ni...
tq ilon....
Back to top Go down
View user profile http://najwahamali.blogspot.com
ilonblack91



Number of posts : 22
Registration date : 09/12/2008

PostSubject: Re: update untuk permohonan ke ipta..   Tue Jan 06, 2009 1:59 pm

ummm..

tataw la..
x pasti la plak..
pe2 hal..
try g check kat link yg aku kasik 2..
slalu la check kat situ..

ok..
sama2..
Back to top Go down
View user profile
ilonblack91



Number of posts : 22
Registration date : 09/12/2008

PostSubject: Re: update untuk permohonan ke ipta..   Sun Jan 11, 2009 1:03 pm

SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA

Permohonan

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 :-
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2009
2. Lepasan STPM/STAM : 01 Februari 2009
3. Lepasan SPM/Setaraf : 01 Februari 2009

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Januari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Februari 2009
2. Lepasan STPM 2008 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
3. Lepasan STAM 2008,2007,2006 : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM tahun 2008
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 03 Mac 2009
5. Lepasan SPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2008

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ?
Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada lagi penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web upu.mohe.gov.my

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian :-

1.Pesanan secara pukal melalui sekolah atau
2.Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan

5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Lepasan STPM/Setaraf Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

Lepasan SPM/Setaraf Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2009
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2009

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?
Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Pemohon hanya dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sebanyak 3 kali sahaja. Selepas 3 kali peluang kemaskini digunakan, pemohon tidak boleh lagi membuat pengubahsuaian maklumat.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
Tidak dibenarkan.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
Tidak dibenarkan.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat ATAU dapatkan surat akuan dari Peseruh Jaya Sumpah.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010?
Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.

Hebahan/Pertanyaan

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh meyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :

1. Internet :
- http://upu.mohe.gov.my
- http://www.jpt.uum.edu.my
- http://www.jpt.utm.my

1. SMS Taip UPU<space><NO KP> dan hantar ke 15888
2. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)

16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami:

- upu@mohe.gov.my

Aplikasi Dalam Talian

17. Adakah kata laluan atau nama ibu perlu dimasukkan semasa proses permohonan dan apakah bentuk format yang boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan?
Semasa proses permohonan, anda diwajibkan memasukkan empat elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (Cool aksara ‘alphanumeric’ dan nama ibu perlulah ringkas dan mudah untuk diingati oleh anda sekiranya terlupa kata laluan.

18. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
Anda boleh menghubungi BPKP JPT atau melalui MySms dengan memberi nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

Lepasan Matrikulasi - Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada kaunselor Kolej Matrikulasi, Pegawai PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

19. Saya membeli Nombor Unik ID dan mendapati Nombor Unik ID yang dibeli di BSN sama dengan rakan saya, apakah terdapat sebarang kesilapan yang mungkin timbul di BSN dan apakah ciri-ciri keselamatan yang diterapkan dalam Aplikasi Dalam Talian ini?
Tiada sebarang kesilapan Nombor Unik ID yang dihasilkan oleh BSN walaupun anda mendapati Nombor Unik ID anda sama dengan rakan anda, dan ini adalah kerana semua penghasilan Nombor Unik ID adalah berdasarkan Nombor Kad Pengenalan.

Bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

20. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:

KH03 - Sarjana Muda Senibina #

21. Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen seperti salinan Kad Pengenalan, Slip Keputusan dan sebagainya kepada IPTA atau BPKP JPT?
Anda tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA atau BPKP JPT walaupun memilih program pengajian yang ada temu duga. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan dokumen/sijil asal ketika menghadiri temu duga.

22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23. Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah selamat diterima oleh sistem ?
Pemohon boleh mengetahui sama ada maklumat telah diterima atau belum oleh sistem ialah dengan membuat semakan di menu semakan.

24. Semasa permohonan Fasa 1, saya belum menduduki peperiksaan semester kedua untuk memperolehi keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/ PASUM, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama dan setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka berdasarkan keputusan sebenar.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25. Adakah pemohon wajib menduduki ujian MEdSI dan Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?
Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai 10 April 2009 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: update untuk permohonan ke ipta..   

Back to top Go down
 
update untuk permohonan ke ipta..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SERATAS 23 LEGENDS :: Your first category :: bATcH 23 bERFoRum....!-
Jump to: